Monday 24 March 2008

Resipi Silaj

Silaj merupakan bahan makanan ternakan yang terhasil melalui proses pemeraman foder basah atau bahan buangan pertanian yang disimpan di tempat simpanan yang kedap udara.

 

Bahan-bahan yang biasa disebut dalam pembuatan silaj ialah jagung, rumput-rumput seperti rumput gajah, rumput kuda, kulit koko, hampas tebu, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan batang jagung.

 

Penggunaan silaj yang terhasil dikatakan mampu mengurangkan kos makanan ternakan. Ianya juga dapat menampung situasi kekurangan foder atau bahan makanan ternakan kerana silaj dapat disimpan lama tanpa mengurangkan mutu pemakanan tersebut.

 

Perinsip penting dalam pembuatan silaj ialah penyimpanan yang terhindar dari oksigen dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan.

 

Silaj dikatakan dapat bertahan lama selagi bekas pemeraman yang kedap udara tidak dibuka.

 

Di bawah ini Bro sertakan resipi SILAJ BATANG JAGUNG yang dipetik dari laman Jabatan Veterinar Negeri Perak:

 

 

- 100kg batang jagung segar dicincang

- Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas simpanan kedap udara
- Siram bahan dengan larutan Garam (1kg), UREA (1/2 kg), Molases (1kg) dan Air (4 liter)

- Tutup rapat bekas simpanan (kedap rapat)

- Peram selama 21 hari

nota:

selepas proses pemeraman, warna silaj adalah hijau kekuningan & berbau wangi seperti bau cuka

 

 

Untuk cerita lebih lanjut tentang Silaj, sila ke laman Jabatan Veterinar Perak berikut:

 

http://www.jphpk.gov.my/Malay/Kadar/Agro_Silag.htm

 

 
 
 
Asas Perkambingan

Wednesday 19 March 2008

Cerita Teladan … Pekakkan Telinga Bila Org Kata Kita Tak Boleh

Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam.

Hari yang dinantikan pun tiba, dan berhimpunlah seluruh haiwan di dalam hutan itu untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

 

Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, dakian pun bermula …

 

Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.

Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:

 
"Oh, Ianya terlalu sukar!"

"Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!"

"Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"

Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.


Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"

 

Semakin kuat laungan hadirin, semakin banyak katak kecil yang berhenti dan jatuh.

 

Sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.

 

Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.

 

Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.


Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.

 

Teladan cerita ini:

Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.

 

Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!

 

Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!

 

Tuesday 18 March 2008

Silaj Sebagai Alternatif Sumber Makanan Ternakan

Pada ketika ini, rata-rata para penternak mengeluh perihal kenaikan mendadak dan berterusan harga makanan pellet untuk ternakan, dan penternak kambing tidak terkecuali.
 
Bagaimanapun, pada Bro, satu advantage penternak kambing ada berbanding penternak ayam ialah, penternak kambing boleh memperkenalkan silaj bahan terbuang pertanian sebagai sumber alternatif untuk ternakan kambing.
 
Kambing adalah haiwan herbivor. Maka, pemakanannya menjurus kepada makanan hijau seperti rumput dan dedaun.
 
Bagaimanapun, bagi penternak masa kini yang menjurus kepada pengurusan ternakan feedlot, sumber makanan bahan hijau ini menjadi "constraint" kepada operasi tersebut. Puncanya: tiada bekalan berterusan; antara sebabnya: kekurangan tapak untuk menanam rumput.
 
Kenaikan harga pellet boleh dikaitkan dengan analisa "demand and supply" atau paras pengeluaran dan paras permintaan masa kini. Apabila pellet menjadi sumber utama makanan ternakan sementara bahan hijau sebagai bahan tambahan atau suppliment, maka ketidakseimbangan pada paras permintaan yang tinggi dengan paras pengeluaran sedia ada akan mengakibatkan permintaan melebihi pengeluaran, lalu menyebabkan kenaikan harga pellet.
 
Apabila 70% kos operasi adalah makanan ternakan, maka kenaikan harga akan efek keberkesanan operasi ladang.
 
Dari nota agensi yang terlibat dengan ternakan, dan juga perbualan dengan rakan-rakan Bro yang telah memperkenalkannya kepada ladang mereka, Bro merasakan silaj adalah satu alternatif kepada penggunaan pellet bagi ternakan kambing kita kerana caranya yang mudah dan kos penyediaannya juga agak rendah. Antara bahan yang boleh digunakan sebagai silaj adalah batang jagung, pelepah sawit, hampas tebu dan rumput napier.
 
Dengan memperkenalkan sumber makanan alternatif, bukan sahaja kita dapat mengurangkan kos operasi, kita juga akan memberikan "pressure" kepada pengeluar dengan mengurangkan permintaan dan "reliance" kepada pellet semata-mata.
 

Kebaikan Berkursus

Pada 15 hingga 17 Mac baru-baru ini, Bro berkesempatan untuk mengikuti Kursus Ternakan Kambing anjuran AlBarakah Global Food Industry dan Bank Pertanian Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada semua di AlBarakah farm dan BPM atas layanan dan peluang yang diberikan.
 
Hari ini Bro ingin bercerita tentang kebaikan berkursus.
 
Bila cerita tentang kursus, ada juga Bro dengar orang berkata "buat apa nak pergi kursus, balik-balik cerita yang sama," atau, "tak payah lah pergi kursus lagi sebab aku dah pergi dah." 
 
Sebenarnya, pada pendapat Bro, ada beberapa kebaikan dari kursus sebegini:
 
i. Sebagai "Refresher":
Kadang-kadang, bila kita pergi kursus buat kali pertama, kita akan "blur" tentang apa yang dibincangkan. Jadi, kursus yang kedua, ketiga dan seterusnya akan menjadi "refresher" untuk kita, dan memudahkan kita mengikuti perbincangan sesuatu topik atau perkara itu pada kali yang kedua, ketiga dan seterusnya, lebih-lebih lagi jika kita berkecimpung dalam bidang berkenaan selepas kursus yang pertama itu.
 
ii. Mendapatkan Info baru:
Kita perlu melihat kursus itu sebagai salah satu gelanggang untuk kita mendapatkan informasi baru berkaitan bidang yang kita ceburi. 
 
Sebagai contoh, pada kursus bersama AlBarakah ini, Bro mendapat ilmu dan pengalaman baru mengenai kaedah "post-mortem" sebagai cara siasatan penyakit ternakan kambing kita.
 
Selain daripada informasi baru dari penceramah, Bro juga mendapat informasi baru tentang operasi rakan-rakan penternak yang lain.
 
Informasi ini amat berguna dan boleh Bro bawanya ke dalam operasi ladang Bro sendiri.    
 
iii. Mendapatkan Info terbaru:
Semasa berkursus juga kita boleh dapatkan info terbaru sesuatu perkara atau topik berkaitan bidang yang kita ceburi.
 
iv. Tempat ber"network":
Kursus juga perlu dilihat sebagai gelanggang untuk kita menambah serta memperbaharui dan memperbaiki network kita. 
 
Semasa kursus ini, Bro berkenalan dengan rakan ternak baru yang ladangnya cuma 20km dari ladang Bro di Melaka. Bro juga berkesempatan berjumpa semula rakan ternak yang Bro kenali semasa berkursus di ladang Cikgu Halim di Melaka tahun lepas.
 
Bro juga dapat bertemu dengan rakan ternak yang Bro kenali hanya di Internet sehinggalah bertemu dengannya semasa kursus ini; juga Bro dapat bertemu dengan rakan ternak yang sudah agak lama juga tidak berkesempatan menemuinya.
 
 
Jadi, rakan-rakan ternak semua, optimumkanlah kemudahan kursus yang kita hadiri. Juga, rebutlah peluang yang ada untuk kita hadiri kursus-kursus akan datang.
 

Tuesday 4 March 2008

10 Konsep Pemasaran

Salam semua.
 
Di sini Bro ingin berkongsi penerangan ringkas 10 konsep-konsep pemasaran yang telah diolah dalam bentuk lawak. Rasanya email ini telah lama berpindah-randah di alam maya. Tiada niat untuk menyinggung sesiapa, ianya sekadar komedi sahaja:
 

1.
You see a gorgeous girl at a party.
You go up to her and say, "I am very rich. Marry me!"
That's DIRECT MARKETING.

2. You are at a party with a bunch of friends and see a gorgeous girl.
One of your friends goes up to her and pointing at you says,
"He's very rich. Marry him!"
That's ADVERTISING.

3. You see a gorgeous girl at a party.
You go up to her and get her telephone number.
The next day, you call her and say, "Hi, I am very rich. Marry me!"
That's TELEMARKETING.

4. You see a gorgeous girl at a party.
You get up and straighten your tie. You walk up to her and pour her a
drink. You open the door for her. You pick up her bag after she drops
it. You offer her a ride and you say, "By the way, I am very rich.
Will you marry me?"
That's PUBLIC RELATIONS.

5. You see a gorgeous girl at a party.
She walks up to you and says, "You are very rich. Can you marry me?"
That's BRAND RECOGNITION.

6. You see a gorgeous girl at a party.
You walk up to her and say, "I am very rich. Marry me!"
She gives you a nice hard slap on your face.
That's CUSTOMER FEEDBACK .

7. You see a gorgeous girl at a party.
You walk up to her and say, I am very rich. Marry me!"
And she introduces you to her husband.
That's DEMAND AND SUPPLY GAP.

8. You see a gorgeous girl at a party.
You walk up to her and before you can say anything, another person
comes along and tells her, "I am very rich. Marry me!"
That's MARKET COMPETITION.

9. You see a gorgeous girl at a party.
You walk up to her and before you can say anything, another person
comes along and tells her, "I am very rich. Marry me!
And she follows him.
That's LOSING MARKET SHARE.

10. You see a gorgeous girl at a party.
You walk up to her and before you can say, "I am very rich. Marry me!",
YOUR WIFE TURNS UP!
That's BARRIER TO NEW MARKET ENTRY

Wednesday 27 February 2008

Menceburi Bidang Pertanian

Saya student diploma di KPTM, dalam bisnes management. Insyaallah bulan Jun nanti saya konvo. Saya minat bidang agrotek..tapi tak tau apa-apa. Dari mana nak mula? Dan bidang mana yang sesuai untuk budak baru macam saya?

 
Bro Kamal:
Tentang pertanyaan Cik Fadilah, bagi Bro, menceburi bidang pertanian ini tiadanya misteri, ianya sepertimana menceburi bidang-bidang yang lain.
 
Kita boleh mulakan dengan pekerjaan ataupun terus memulakan biznes. Bagaimanapun, ini pendapat Bro:
 
mulakan dengan pekerjaan: 
mula dengan bekerja di syarikat atau agensi yang terlibat di dalam bidang tersebut; sebagai contoh, untuk ceburi bidang tani sertai agensi seperti jabatan pertanian, untuk ceburi bidang ternakan sertai jabatan penternakan, dan sebagainya. Tidak semestinya perlu jadi veterinar, jika kita terlibat bahagian akaun ataupun pentadbiran, akan ada peluang untuk belajar aspek-aspek pertanian ataupun penternakan; Tak pun bekerja dengan ladang-ladang yang sedia ada. Ini adalah atas  initiatif kita sendiri. 
 
mulakan dengan biznes:
buat penyelidikan, dapatkan latihan kursus seperti, jika nak buat biznes kambing, dapatkan kursus latihan ternakan kambing, kursus perniagaan, kursus pemasaran; minta le jadi "kuli" di ladang-ladang kambing yang sedia ada untuk mendapatkan physical & practical exposure; ye lah, kena le tau bau kambing macamana, macamana nak bagi kambing makan, fahami kerja-kerja yang perlu dilakukan. Nanti kita asyik harapkan pekerja, pekerja pula senang-senang tipu bos, bos pula tak perasan! Buat anggaran kos dan capital requirement, cari modal, dan sebagainya.
 
Ringkasannya, yang perlu kita lakukan ialah selidiki bidang tersebut, fahami aspek pentadbiran, capital requirement, pasaran dan pemasaran, permintaan, keuntungan serta riziko bidang tersebut. Lagi satu, teruskan pembelajaran kita untuk perkembangan ilmu.
 
Harap cerita di atas membantu Cik Fadilah dalam career planning and menyelidiki what's the next step.
 

Thursday 31 January 2008

Melangkah Dari Makan Gaji Kepada Pengusaha Perniagaan

Adakah mudah untuk kita mengambil langkah ini?

 

"Perniagaan tidak menjanjikan kejayaan!" kata-kata yang acap kali kita dengar apabila soalan cepumas ini diarahkan pada mana-mana usahawan.

 

Apakah persediaan yang boleh kita lakukan sebelum mengambil langkah ini?

 

Bro baru-baru ini ada menerima artikel menarik Irfan Khairi dari newsletter RahsiaInternet.com  bertajuk "Dari Kerja Makan Gaji, Menjadi Pemilik Perniagaan". Di sini ingin Bro kongsi bersama tips Irfan Khairi dalam persediaan untuk mengambil langkah tersebut:

 
 
Berikut adalah 4 tips persiapan anda sekiranya anda kini bekerja makan gaji dan merancang untuk memulakan perniagaan yang berkaitan.
1: Lakukan penyelidikan
Sementara mengumpul ilmu dan pengalaman ketika kerja, pelajari mengenai industri anda. Rujuk dan lakukan penyelidikan tentang industri anda dengan membaca majalah yang berkaitan, melungsuri Internet dan juga membaca buku-buku yang berkaitan dengan industri anda.
Ilmu yang anda kumpulkan bukan sahaja akan memantapkan anda di tempat kerja, ia juga akan banyak membantu apabila anda memulakan perniagaan kelak. Sering kali terjadi, apabila ilmu anda bertambah dan pengalaman bertambah, ia menyebabkan gaji anda juga bertambah ketika kerja makan gaji!
Selidik bidang yang anda ingin ceburi sebelum anda membelanjakan apa-apa modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Penyelidikan pada masa masih bekerja adalah amat penting supaya ia menyediakan kita sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang tidak memberi pulangan yang tetap!
2: Prinsip 10/90
Ianya dikatakan, sekiranya anda mengambil masa 10% untuk menyelidik dan mendalami perniagaan yang bakal anda lakukan, anda akan menjimat 90% masa dan wang yang mungkin anda kehilangan ketika memulakan perniagaan!
Saya pernah bertanyakan kepada jutawan Azizi Ali, pernahkah beliau melakukan kesilapan dalam perniagaan? Jawabnya pernah! pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau memulakan kedai muzik oleh kerana minatnya dalam muzik.
Tetapi, perniagaan tersebut gagal! oleh kerana, beliau tidak melakukan "homework" dalam bidang  "perniagaan berbentuk muzik"
Tidak semestinya sekiranya anda mempunyai kepakaran atau minat dalam sesuatu bidang, ia adalah resepi kejayaan perniagaan tersebut. Ia hanyalah satu permulaan oleh kerana anda masih perlu mempelajari selok belok sesuatu perniagaan itu.
Luangkan 10% daripada masa anda untuk lakukan "homework" supaya anda dapat menjimat 90% masa dan modal perniagaan anda!
3: Cari masalah dan selesaikannya
Ketika bekerja makan gaji, mungkin anda ketemui beberapa masalah daripada pelanggan yang tidak dapat dipenuhi tempat kerja anda. 
Sering ingat apabila ingin memulakan perniagaan bahawa, "perniagaan adalah penyelesaian kepada masalah"
Pengalaman yang anda ceburi akan mendedahkan anda kepada berbagai masalah. Masalah tersebutlah yang akan menjadi satu peluang perniagaan untuk anda.
Contohnya, sekiranya anda seorang guru sekolah, mungkin anda terjumpa masalah bahawa sesetengah pelajar memerlukan cara pendekatan mengajar yang lebih unik. Anda boleh mencipta cara pendekatan mengajar tersebut dan mulakan kelas bimbingan untuk pelajar-pelajar yang memerlukannya.
4: Bootstrap
Kaedah memulakan perniagaan kegemaran saya adalah bootstrap- iaitu, memulakan perniagaan kecil menggunakan wang sendiri, kemudian, perbesarkan perniagaan tersebut dengan keuntungan yang diperolehi.
Anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Kerja makan gaji anda kini merupakan satu platform untuk mengumpul modal.
Apabila cukup wang, anda boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu. Ini akan memberi pengalaman kepada anda sedikit demi sedikit dalam mengembangkan perniagaan.
Mulai sekarang, lakukan simpanan khas untuk dana memulakan perniagaan anda. Wang ini adalah bertujuan khusus untuk memulakan perniagaan, dan bukan untuk simpanan peribadi.  Anda perlu sentiasa berhati-hati dan mengumpul seberapa banyak ilmu perniagaan yang boleh oleh kerana, tanpa ilmu perniagaan yang betul, bukan sahaja wang simpanan anda dari makan gaji akan rugi, tetapi juga masa yang anda telah luangkan ketika makan gaji untuk mengumpulkan wang tersebut juga akan rugi!
Hanya satu sahaja cara untuk mencapai kejayaan- iaitu mencuba. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, sekiranya anda bersedia dalam semua aspek, maka, apa kata anda cuba melibatkan diri anda dalam perniagaan.

 

http://www.rahsiainternet.com